Dari haritu teringat kisah Liya dan Shahmi apabila bermain bersama. Actually , Liya ni ada pelbagai watak , bila dihadapan dia nampak seorang yang sangat pemalu tetapi bila bersama orang yang dikenali dia sangat lincah dan adakala seorang yang garang.
Nak kongsi 2 kisah yang membuktikan si Liya ni seorang yang garang...
Kisah 1
Lagu patriotik - Terima kasih Malaysia (link diambil dari youtube -) . Lagu ni masa mula-mula keluar Shahmi sangat suka , boleh kata hari-hari nyanyi. Kalau keluar iklan di TV cepat-cepat dia meluru dan ikut menyanyi. Nak dijadikan cerita satu hari mungkin mood Shahmi happy sangat , then bila lagu ni keluar sungguh beria Shahmi menyanyi nak2 pat "Terima kasih kasih kuucapkan kepadamu..."
Tiba-tiba....
Pang.......
Shahmi : (Menangis tiba-tiba)
En. Suami : Kenapa Shahmi ?
Shami : Liya tampar sambil teresak-esak
En. Suami : Kenapa Liya tampar abang (panggilan Shahmi) ?
Liya : Shahmi tu nyanyi kuat sangat.. (nada pelat)
En. Suami & Me : Erk.....
Kisah 2
Perbualan Me,Shahmi dan Liya dalam kereta
Shahmi : Umi tadi abah jumpa pakcik .... (seseorang kawan En. Suami yang me kureng)
Me : Oh ye ke
Shahmi : Iye
Liya : Takdalah
Shami : Iye
Liya : Takdalah
Shahmi : Iye
Liya : Takdalah
Shahmi : Iye
Tiba-tiba....
Pang
Shahmi : (Menangis)
Me :Liya , kenapa tampar abang ?
Liya : Iyelah , dia cakap iye (nada pelat)
Me : Lainkali jangan buat macam ni
Liya : Iyelah.. Iyelah...
Kesimpulannya dah nampak Liya garang..
Erm apa-apa pun Umi doakan Liya jadi gadis yang lemah lembut dan sopan santun yer sayang..
Ameen
